Khamis, 28 Mac 2013

Indahnya saat bersama-Mu

Manusia yang berada di atas muka bumi ini tidak dijadikan tanpa tujuan atau secara kebetulan,sebagaimana dakwaan golongan anti penciptaan.Di sebalik kesibukan manusia menjalankan tugas manusiawi mereka sebagai perdana menteri,askar,peniaga,guru atau suri rumah,sebenarnya tujuan sebenar penciptaan mereka adalah untuk beribadat kepada pencipta mereka.

Objektif ini dijelaskan dalam firman-Nya :

Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan kerana mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka,dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.

( surah al-Dhariyat 51: 56_57 )

Solat-solat fardhu yang dikerjakan setiap hari sebenarnya masih tidak memadai untuk seorang hamba memenuhi objektif yang dinyatakan dalam ayat diatas..

Islam memberi galakan kepada umatnya untuk melakukan ibadat tambahan untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi ibadah mereka..Qiamullail adalah satu ibadat yang sangat dituntut.

Apabila berlalu separuh malam atau sepertiganya,perintah tuhan tuhan ke langit dunia.Lalu berserulah : Adakah orang yang memohon ( berdoa ),pasti akan Kukabulkan.Adakah sesiapa yang memohon keampunan,pasti akan Kuampuni baginya sampai tiba waktu subuh..

( riwayat muslim )

Rabu, 13 Mac 2013

Berkongsi kenikmatan-NYA

DAN apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu,berkatalah orang-orang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah Kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah ia akan memberinya makan?Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata. (Yasin : 47)

Ibnu Kathir berkata : "mereka diperintahkan untuk mendermakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada orang islam yang memerlukan dan golongan miskin.Begitu juga orang kafir yang beriman dan orang mukmin yang memerlukan segalanya,Dia akan memperkayakan dan mengurniakan rezekiNYA kepada yang dikehendaki.

Al-Maghari berkata : "apabila mereka disuruh mendermakan sebahagian nikmat Allah SWT yang telah diberikan kepada mereka kepada orang miskin di kalangan orang islam,lalu berkata,sekiranya Allah SWT menghendaki,sudah pasti mereka menjadi kaya dan memberi makan.Oleh yang demikian,tidak perlu lagi kami sibuk menguruskan mereka."

Perkataan mimma razaqa kumullah (sebahagian nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu) merupakan dorongan kepada mereka agar membelanjakan harta mereka.Hal ini menjadi peringatan betapa besarnya dosa mereka apabila tidak mematuhi perintah Allah SWT, disamping kecaman terhadap mereka kerana tidak bersikap belas kasihan sesama makhluk Allah SWT.

Kemudian Allah SWT menerangkan bahawa di samping nereka bakhil dan kikir,mereka juga menghalang orang yang menyuruh orang lain membelanjakan harta mereka...

Petikan diambil dari mega agama utusan..

Jumaat, 8 Mac 2013

Hati ku berkata..

Andai aku salah,tegur dan perbetulkanlah...Andai sekiranya aku benar,tapi tersalah atau disalah,mohon Allah tunjukkan kebenarannya sepertimana sebelum ini...mudah-mudahan,hati aku akan kembali ikhlas menerimanya dengan segala ketentuan dari mu Ya Allah...

Mohon petunjuk mu Ya Allah ,agar aku tidak lagi terus bersyakwasangka padanya,diatas kesilapannya yang lalu...Akan berdosa lah diriku dari hari ke hari dengan perasan begini...Ku bermohon pada mu Ya Allah...bantulah diri, jadikanlah diriku seorang yang pemaaf,permudahkan segala urusan ku ...moga terungkai segala ketidak sefahaman yang sering berlaku...memutuskan persaudaraan bukanlah caraku...untuk menghukum juga,bukan lah aku..tapi inilah doa dan harapanku...

Assalammualaikum...

Khamis, 14 Februari 2013

Buat sahabat

Dah lama blog ARPC tak ber'update.maaflah,agak sibuk dengan aktiviti bersama orang tersayang,sahabat tersayang dan keluarga tersayang.seperti biasa diawal bicara,bismillah lah pembuka kata..

Dimalam yang sunyi 0145 am bersamaan 140213,ketika aku sedang bersendirian,fikiran aku melayang terkenangkan perkara-perkara yang lepas.susah senang,ketawa gembira,sedih dan berduka tetap berdua,tapi kini aku sendiri.kemana juga aku pergi tetap teringat pada kenangan lama.dirumah pun begitu juga,sahabat adalah teman yang paling kerap datang menjenguk dan melawat.

pada masa yang sama hati terasa sangat-sangat sedih,dan sayu bila mengenangkan apa yang telah berlaku.buat sahabat baik ku,aku susun sepuluh jari mohon kemaafan,dunia dan akhirat.maaf sebab aku tak mampu menjadi teman,kawan dan sahabat yang baik.moga sahabat ku sayang akan jumpa sahabat yang lebih baik,yang lebih jujur yang boleh membimbing sahabat,tak seperti mana aku.

Tak terlintas dihati untuk memutuskan hubungan persahabatan dan persaudaraan yang terjalin.tapi aku mohon berikan aku masa untuk memikirkannya.buat masa sekarang untuk kebaikkan bersama,aku korbankan hubungan persahabatan ini,walaupun hati rasa berat nak mengatakannya.sepanjang perjalanan,ku panjatkan doa dan istigfar,moga aku tabah dengan keadaan dan situasi ini..kemana ku bawa diri,biarlah tiada siapa yang tahu.tapi aku perlu bersendiri untuk seketika.maafkan aku sahabat.

Dalam hati ini,Kasih sayang aku pada hubungan persaudaraan ini hanya Allah saja yang tahu,sukarnya nak aku gambarkan.aku tak mampu nak bercerita lebih lama kerana hati ini rasa sangat-sangat sedih dengan keadaan yang berlaku.apa pun,aku harap sahabat dapat mengharungi semua perkara ini dengan tabah wahai sahabat ku sayang.

apa juga janji yang pernah kita ungkapkan,untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.kita cuba kotakan.moga segala urusan kita juga di permudahkan olehNYA.walaupun selepas ini kita tak pasti samaada boleh berjumpa lagi atau tidak,tapi percayalah,doa ku sentiasa bersama sahabat.aku korbankan semua ini hanya kerana sayangkan sahabat.demi untuk menjaga persahabatan kita,agar tidak akan berlaku salah faham lagi dimasa akan datang...

Coretan ini khusus buat sahabat ku yang paling baik,yang telah banyak bersusah payah,bekorban masa,tenaga dan wang ringgit dalam menjadikan hubungan persahabatan dan persaudaraan ini kekal baik,walaupun banyak ujian yang datang,sering kali kita dapat selesaikan dan atasi sama-sama.tapi kini yang tinggal cuma kenangan dan harapan.apa pun terima kasih sahabat ku aril..aku mohon kemaafan untuk kesekian kalinya..

Jika ini adalah coretan terakhir ku.aku mohon sahabat jaga diri baik-baik,jaga kesihatan jaga makan.ingatlah orang yang tersayang yang disayang dan yang pernah menyayang..sesungguhnya semua itu, adalah pengalaman yang membahagiakan.jika ada pahit,pasti ada manisnya,dan jika ada senang pasti ada sukarnya.

sahabat aku yang paling baik,terima kasih sahabat..moga Allah membalas  kebaikkan yang sahabat lakukan untuk saya dikala saya dalam kesukaran berlipat kali ganda..mudah-mudahan..amin
Salam sayang buat sahabat di kejauhan..kita akan tetap kekal bersahabat..amin

Selasa, 29 Januari 2013

Cerita semalam,


semalam hari isnin bersamaan dengan 280113,dikala seawal 6 lebih hingga ke 7 pagi,seperti biasa,telefon aku akan berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Alhamdulillah,itu adalah panggilan telefon dari seorang rakan baik aku yang aku gelarkan beliau sebagai sahabat aku dunia akhirat insyaAllah.Terima kasih sahabat,kerana mengejutkan aku untuk solat subuh,dimana kadang-kadang ada masanya aku terlepas menunaikan kewajipan tersebut.Mungkin kerana tidur yang terlalu lena ,dibuai mimpi-mimpi  indah lagi mengasyikkan.
.
Selepas selesai menunaikan tanggungjawab dan kewajipan selaku hamba-NYA,aku kembali berbaring di sofa merehatkan diri.Tak selesa berbaring di sofa aku masuk pula ke bilik berbaring di atas tilam yang empuk,lembut dan berspring.alhamdulillah,best dan selesa sangat kalau nak dibandingkan baring di atas sofa tadi.Sambil berbaring,aku letakkan telefon di tepi bantal.Aku peluk erat patung pisang besar yang menjadi teman sementara aku,sebelum aku bertugas nanti.Dalam masa yang sama kepala otak aku ligat berfikir,apa yang nak aku lakukan lepas ni.Iyelah,aku masuk keje pon pukul 3 ptg.Jadi dalam perkiraan aku,masa tu panjang lagi.Tup tup tup,Sedar tak sedar aku terlelap.Pkul 10 pagi baru terjaga.Mak aiii..dh agak lewat ni,aku bercakap sendirian,sambil melihat jam di telefon.walau pon dah agak lewat aku tetap terkial kial dengan menggeliat kiri dan kanan,terbengkok sana terbengkok sini,guling sana guling sini.Itulah sikap dan perangai aku sejak akhir-akhir ini.Dulu masa aku keje opis hours aku tak macam ni pon.Sekarang dah agak kurang terurus sedikit dari segi pengurusan masa.

Lupakan soal tu,sekarang rutin aku macam ni lah,kebanyakan waktu keje aku,aku masuk pukul 3 ptg.Bangun pagi,buat kerja apa yang patut dulu, lepas tu duduk terperuk tgk tv,dengar radio,main game,buka internet .Aku nak keluar pon tak tahu nak kemana,tak ada motif .Nak pergi  jumpa rakan sekerja lagilah,kebanyakkannya  kerja opis hours.Sebenarnya aku agak tak berapa suka dengan jadual tugas yang macam ni.Aku terasa bosan,masuk keje pukul 3 hbis pukul 12,dah la kerja berdua,tapi masing-masing dengan hal sendiri.Kau kau,aku aku.Nak kata banyak keje sangat nak dibuat tak ada la juga.Setakat  duduk,berdiri,jalan-jalan,menunggul dan tertunggul je,angkat telefon itulah tugas aku…..Aku keje sebagai apa..?insyaAllah lain kesempatan akan aku ceritakan.

Bukan aku tak bersyukur dengan kerja yang aku ada dan rezeki yang Allah berikan,aku bersyukur sangat-sangat,tapi apa yang aku kesalkan adalah sikap inchas-inchas pengurusan tempat aku bekerja yang jelas nyata  agak berat sebelah.Bila difikirkan dengan situasi kat tempat keje dan rutin harian aku yang macam ni,aku jadi bosan ,rasa tertekan dengan keadaan.Bila dah tertekan,emosi pon terganggu,serba serbi tak kena,yang sepatutnya tak bermasalah,jadi ada masalah pulak.Semalam dalam pukul 2 lebih aku pergi opis,ingat nak jumpa inchas aku,bertanyakan tentang cuti yang dah aku mohon.

Sampainya aku kat sana,sorang inchas pon tak ada.Anak buah bersusun,tgh keje,inchas sorang pon tak ada.Bila diberi mandat jadi ketua jadi inchas,kebanyakannya macam ni lah kan.Pantang ada kuasa sedikit,semua mereka nak tentukan.Kalau adil tak pe.Bila dibagi cadangan tak di terima.Tapi mereka lupa,yang semua tu kat dunia je pon.Pinjaman yang sementara,tak perlu la nak sombong,belagak,bagai-bagai.Keje biarlah adil dari segi pengurusan tugas .Anak buah nak keje pon senang hati.Kalau inchas sendiri pon dah tak berapa nak bagus,macam mana nak suruh anak buah jadi bagus.Sama istilahnya,kalau kepala tak ada,yang tinggal hanya ekor..macam mana juga keadaanya kan...Aku pon bukan la bagus sangt.Tapi bila kita nampak sesuatu perkara tu berat sebelah,siapa yang tak mengeluh.

Bila dah sampai di opis ,inchas-inchas tak ada,aku singgah kat tempat keje mak norisz.Keluarganya dah aku anggap macam keluarga aku sendiri.Begitu akrabnya hubungan kekeluargaan aku dengan dia.Senang cerita macam keluarga angkat aku lah.Tempatnya tak jauh dari opis lama aku dulu.Aku pon mcm biasa,bagi salam..assalammualaikum.Ayat pertama yang dia tanya,keje ker?Aku pon cakap,tak keje,pergi opis jap ada urusan.Dan yang keduanya,bila dia cakap aku nampak kurus sangat berbanding sebelum aku ditukarkan ke department lain.Tersentap aku kejap,intonasi suara pun  berubah,tetiba rasa sedih. Dalam hati aku bercakap sendiri,aku memang dah tahu berat badan aku turun sebab minggu lepas aku pergi appoiment di klinik dan ada ambil berat badan.

Sambil mengeluh…aku cakap dalam hati,macam mana la tak kurus,problem yang nak dihadap banyak sangat agaknya.Dengan karenah inchas yang susah nak di bawa berunding tu pon satu hal juga.Ego dengan kuasa dan pangkat yang mereka ada. Jadual kerja pula berubah secara drastik.Itu diantara punca-punca aku tak bersemangat .Tapi alhamdulillah,aku teruskan juga sebab aku tahu,aku harus kerja,tak kerja tak ada duit,dan aku akur mungkin rezeki aku memang disini.Di pendekkan cerita,akhirnya aku mintak diri kat beliau,untuk pulang ke rumah..

Begitulah rutin tugas dan aktiviti aku seharian..Pergi keje,balik keje..pergi nampak matahari,balik nampak bulan..itupon kalau bulan tu nak muncul.Nak jumpa lepak dengan kawan bukan seangkatan,ntah la…tak tahu la bila.Yang penting aku harus bersyukur dalam setiap perkara.Betul kan.

Apa pun,moga aku dapat memuhasabahkan diri dari setiap perkara yang berlaku.Allah pasti merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita yang mana kita sendiri tak ketahui..Moga aku menjadi orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi semua ujian ini.Amin ya rabbal alamin.