Khamis, 28 Mac 2013

Indahnya saat bersama-Mu

Manusia yang berada di atas muka bumi ini tidak dijadikan tanpa tujuan atau secara kebetulan,sebagaimana dakwaan golongan anti penciptaan.Di sebalik kesibukan manusia menjalankan tugas manusiawi mereka sebagai perdana menteri,askar,peniaga,guru atau suri rumah,sebenarnya tujuan sebenar penciptaan mereka adalah untuk beribadat kepada pencipta mereka.

Objektif ini dijelaskan dalam firman-Nya :

Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan kerana mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka,dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.

( surah al-Dhariyat 51: 56_57 )

Solat-solat fardhu yang dikerjakan setiap hari sebenarnya masih tidak memadai untuk seorang hamba memenuhi objektif yang dinyatakan dalam ayat diatas..

Islam memberi galakan kepada umatnya untuk melakukan ibadat tambahan untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi ibadah mereka..Qiamullail adalah satu ibadat yang sangat dituntut.

Apabila berlalu separuh malam atau sepertiganya,perintah tuhan tuhan ke langit dunia.Lalu berserulah : Adakah orang yang memohon ( berdoa ),pasti akan Kukabulkan.Adakah sesiapa yang memohon keampunan,pasti akan Kuampuni baginya sampai tiba waktu subuh..

( riwayat muslim )

Rabu, 13 Mac 2013

Berkongsi kenikmatan-NYA

DAN apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu,berkatalah orang-orang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah Kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah ia akan memberinya makan?Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata. (Yasin : 47)

Ibnu Kathir berkata : "mereka diperintahkan untuk mendermakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada orang islam yang memerlukan dan golongan miskin.Begitu juga orang kafir yang beriman dan orang mukmin yang memerlukan segalanya,Dia akan memperkayakan dan mengurniakan rezekiNYA kepada yang dikehendaki.

Al-Maghari berkata : "apabila mereka disuruh mendermakan sebahagian nikmat Allah SWT yang telah diberikan kepada mereka kepada orang miskin di kalangan orang islam,lalu berkata,sekiranya Allah SWT menghendaki,sudah pasti mereka menjadi kaya dan memberi makan.Oleh yang demikian,tidak perlu lagi kami sibuk menguruskan mereka."

Perkataan mimma razaqa kumullah (sebahagian nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu) merupakan dorongan kepada mereka agar membelanjakan harta mereka.Hal ini menjadi peringatan betapa besarnya dosa mereka apabila tidak mematuhi perintah Allah SWT, disamping kecaman terhadap mereka kerana tidak bersikap belas kasihan sesama makhluk Allah SWT.

Kemudian Allah SWT menerangkan bahawa di samping nereka bakhil dan kikir,mereka juga menghalang orang yang menyuruh orang lain membelanjakan harta mereka...

Petikan diambil dari mega agama utusan..

Jumaat, 8 Mac 2013

Hati ku berkata..

Andai aku salah,tegur dan perbetulkanlah...Andai sekiranya aku benar,tapi tersalah atau disalah,mohon Allah tunjukkan kebenarannya sepertimana sebelum ini...mudah-mudahan,hati aku akan kembali ikhlas menerimanya dengan segala ketentuan dari mu Ya Allah...

Mohon petunjuk mu Ya Allah ,agar aku tidak lagi terus bersyakwasangka padanya,diatas kesilapannya yang lalu...Akan berdosa lah diriku dari hari ke hari dengan perasan begini...Ku bermohon pada mu Ya Allah...bantulah diri, jadikanlah diriku seorang yang pemaaf,permudahkan segala urusan ku ...moga terungkai segala ketidak sefahaman yang sering berlaku...memutuskan persaudaraan bukanlah caraku...untuk menghukum juga,bukan lah aku..tapi inilah doa dan harapanku...

Assalammualaikum...

Khamis, 14 Februari 2013

Buat sahabat

Dah lama blog ARPC tak ber'update.maaflah,agak sibuk dengan aktiviti bersama orang tersayang,sahabat tersayang dan keluarga tersayang.seperti biasa diawal bicara,bismillah lah pembuka kata..

Dimalam yang sunyi 0145 am bersamaan 140213,ketika aku sedang bersendirian,fikiran aku melayang terkenangkan perkara-perkara yang lepas.susah senang,ketawa gembira,sedih dan berduka tetap berdua,tapi kini aku sendiri.kemana juga aku pergi tetap teringat pada kenangan lama.dirumah pun begitu juga,sahabat adalah teman yang paling kerap datang menjenguk dan melawat.

pada masa yang sama hati terasa sangat-sangat sedih,dan sayu bila mengenangkan apa yang telah berlaku.buat sahabat baik ku,aku susun sepuluh jari mohon kemaafan,dunia dan akhirat.maaf sebab aku tak mampu menjadi teman,kawan dan sahabat yang baik.moga sahabat ku sayang akan jumpa sahabat yang lebih baik,yang lebih jujur yang boleh membimbing sahabat,tak seperti mana aku.

Tak terlintas dihati untuk memutuskan hubungan persahabatan dan persaudaraan yang terjalin.tapi aku mohon berikan aku masa untuk memikirkannya.buat masa sekarang untuk kebaikkan bersama,aku korbankan hubungan persahabatan ini,walaupun hati rasa berat nak mengatakannya.sepanjang perjalanan,ku panjatkan doa dan istigfar,moga aku tabah dengan keadaan dan situasi ini..kemana ku bawa diri,biarlah tiada siapa yang tahu.tapi aku perlu bersendiri untuk seketika.maafkan aku sahabat.

Dalam hati ini,Kasih sayang aku pada hubungan persaudaraan ini hanya Allah saja yang tahu,sukarnya nak aku gambarkan.aku tak mampu nak bercerita lebih lama kerana hati ini rasa sangat-sangat sedih dengan keadaan yang berlaku.apa pun,aku harap sahabat dapat mengharungi semua perkara ini dengan tabah wahai sahabat ku sayang.

apa juga janji yang pernah kita ungkapkan,untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.kita cuba kotakan.moga segala urusan kita juga di permudahkan olehNYA.walaupun selepas ini kita tak pasti samaada boleh berjumpa lagi atau tidak,tapi percayalah,doa ku sentiasa bersama sahabat.aku korbankan semua ini hanya kerana sayangkan sahabat.demi untuk menjaga persahabatan kita,agar tidak akan berlaku salah faham lagi dimasa akan datang...

Coretan ini khusus buat sahabat ku yang paling baik,yang telah banyak bersusah payah,bekorban masa,tenaga dan wang ringgit dalam menjadikan hubungan persahabatan dan persaudaraan ini kekal baik,walaupun banyak ujian yang datang,sering kali kita dapat selesaikan dan atasi sama-sama.tapi kini yang tinggal cuma kenangan dan harapan.apa pun terima kasih sahabat ku aril..aku mohon kemaafan untuk kesekian kalinya..

Jika ini adalah coretan terakhir ku.aku mohon sahabat jaga diri baik-baik,jaga kesihatan jaga makan.ingatlah orang yang tersayang yang disayang dan yang pernah menyayang..sesungguhnya semua itu, adalah pengalaman yang membahagiakan.jika ada pahit,pasti ada manisnya,dan jika ada senang pasti ada sukarnya.

sahabat aku yang paling baik,terima kasih sahabat..moga Allah membalas  kebaikkan yang sahabat lakukan untuk saya dikala saya dalam kesukaran berlipat kali ganda..mudah-mudahan..amin
Salam sayang buat sahabat di kejauhan..kita akan tetap kekal bersahabat..amin

Selasa, 29 Januari 2013

Cerita semalam,


semalam hari isnin bersamaan dengan 280113,dikala seawal 6 lebih hingga ke 7 pagi,seperti biasa,telefon aku akan berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Alhamdulillah,itu adalah panggilan telefon dari seorang rakan baik aku yang aku gelarkan beliau sebagai sahabat aku dunia akhirat insyaAllah.Terima kasih sahabat,kerana mengejutkan aku untuk solat subuh,dimana kadang-kadang ada masanya aku terlepas menunaikan kewajipan tersebut.Mungkin kerana tidur yang terlalu lena ,dibuai mimpi-mimpi  indah lagi mengasyikkan.
.
Selepas selesai menunaikan tanggungjawab dan kewajipan selaku hamba-NYA,aku kembali berbaring di sofa merehatkan diri.Tak selesa berbaring di sofa aku masuk pula ke bilik berbaring di atas tilam yang empuk,lembut dan berspring.alhamdulillah,best dan selesa sangat kalau nak dibandingkan baring di atas sofa tadi.Sambil berbaring,aku letakkan telefon di tepi bantal.Aku peluk erat patung pisang besar yang menjadi teman sementara aku,sebelum aku bertugas nanti.Dalam masa yang sama kepala otak aku ligat berfikir,apa yang nak aku lakukan lepas ni.Iyelah,aku masuk keje pon pukul 3 ptg.Jadi dalam perkiraan aku,masa tu panjang lagi.Tup tup tup,Sedar tak sedar aku terlelap.Pkul 10 pagi baru terjaga.Mak aiii..dh agak lewat ni,aku bercakap sendirian,sambil melihat jam di telefon.walau pon dah agak lewat aku tetap terkial kial dengan menggeliat kiri dan kanan,terbengkok sana terbengkok sini,guling sana guling sini.Itulah sikap dan perangai aku sejak akhir-akhir ini.Dulu masa aku keje opis hours aku tak macam ni pon.Sekarang dah agak kurang terurus sedikit dari segi pengurusan masa.

Lupakan soal tu,sekarang rutin aku macam ni lah,kebanyakan waktu keje aku,aku masuk pukul 3 ptg.Bangun pagi,buat kerja apa yang patut dulu, lepas tu duduk terperuk tgk tv,dengar radio,main game,buka internet .Aku nak keluar pon tak tahu nak kemana,tak ada motif .Nak pergi  jumpa rakan sekerja lagilah,kebanyakkannya  kerja opis hours.Sebenarnya aku agak tak berapa suka dengan jadual tugas yang macam ni.Aku terasa bosan,masuk keje pukul 3 hbis pukul 12,dah la kerja berdua,tapi masing-masing dengan hal sendiri.Kau kau,aku aku.Nak kata banyak keje sangat nak dibuat tak ada la juga.Setakat  duduk,berdiri,jalan-jalan,menunggul dan tertunggul je,angkat telefon itulah tugas aku…..Aku keje sebagai apa..?insyaAllah lain kesempatan akan aku ceritakan.

Bukan aku tak bersyukur dengan kerja yang aku ada dan rezeki yang Allah berikan,aku bersyukur sangat-sangat,tapi apa yang aku kesalkan adalah sikap inchas-inchas pengurusan tempat aku bekerja yang jelas nyata  agak berat sebelah.Bila difikirkan dengan situasi kat tempat keje dan rutin harian aku yang macam ni,aku jadi bosan ,rasa tertekan dengan keadaan.Bila dah tertekan,emosi pon terganggu,serba serbi tak kena,yang sepatutnya tak bermasalah,jadi ada masalah pulak.Semalam dalam pukul 2 lebih aku pergi opis,ingat nak jumpa inchas aku,bertanyakan tentang cuti yang dah aku mohon.

Sampainya aku kat sana,sorang inchas pon tak ada.Anak buah bersusun,tgh keje,inchas sorang pon tak ada.Bila diberi mandat jadi ketua jadi inchas,kebanyakannya macam ni lah kan.Pantang ada kuasa sedikit,semua mereka nak tentukan.Kalau adil tak pe.Bila dibagi cadangan tak di terima.Tapi mereka lupa,yang semua tu kat dunia je pon.Pinjaman yang sementara,tak perlu la nak sombong,belagak,bagai-bagai.Keje biarlah adil dari segi pengurusan tugas .Anak buah nak keje pon senang hati.Kalau inchas sendiri pon dah tak berapa nak bagus,macam mana nak suruh anak buah jadi bagus.Sama istilahnya,kalau kepala tak ada,yang tinggal hanya ekor..macam mana juga keadaanya kan...Aku pon bukan la bagus sangt.Tapi bila kita nampak sesuatu perkara tu berat sebelah,siapa yang tak mengeluh.

Bila dah sampai di opis ,inchas-inchas tak ada,aku singgah kat tempat keje mak norisz.Keluarganya dah aku anggap macam keluarga aku sendiri.Begitu akrabnya hubungan kekeluargaan aku dengan dia.Senang cerita macam keluarga angkat aku lah.Tempatnya tak jauh dari opis lama aku dulu.Aku pon mcm biasa,bagi salam..assalammualaikum.Ayat pertama yang dia tanya,keje ker?Aku pon cakap,tak keje,pergi opis jap ada urusan.Dan yang keduanya,bila dia cakap aku nampak kurus sangat berbanding sebelum aku ditukarkan ke department lain.Tersentap aku kejap,intonasi suara pun  berubah,tetiba rasa sedih. Dalam hati aku bercakap sendiri,aku memang dah tahu berat badan aku turun sebab minggu lepas aku pergi appoiment di klinik dan ada ambil berat badan.

Sambil mengeluh…aku cakap dalam hati,macam mana la tak kurus,problem yang nak dihadap banyak sangat agaknya.Dengan karenah inchas yang susah nak di bawa berunding tu pon satu hal juga.Ego dengan kuasa dan pangkat yang mereka ada. Jadual kerja pula berubah secara drastik.Itu diantara punca-punca aku tak bersemangat .Tapi alhamdulillah,aku teruskan juga sebab aku tahu,aku harus kerja,tak kerja tak ada duit,dan aku akur mungkin rezeki aku memang disini.Di pendekkan cerita,akhirnya aku mintak diri kat beliau,untuk pulang ke rumah..

Begitulah rutin tugas dan aktiviti aku seharian..Pergi keje,balik keje..pergi nampak matahari,balik nampak bulan..itupon kalau bulan tu nak muncul.Nak jumpa lepak dengan kawan bukan seangkatan,ntah la…tak tahu la bila.Yang penting aku harus bersyukur dalam setiap perkara.Betul kan.

Apa pun,moga aku dapat memuhasabahkan diri dari setiap perkara yang berlaku.Allah pasti merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita yang mana kita sendiri tak ketahui..Moga aku menjadi orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi semua ujian ini.Amin ya rabbal alamin.

Ceritaku


Aku mulakan cerita ini dengan lafaz bismillah dan assalammualaikum....Coretakan dimalam yang sepi.Aku seorang yang kuat memendam rasa dan dulunya aku juga seorang yang sosial ,maklumlah jiwa muda…berjoli tak tentu hala,siang malam tak kira masa.Asal ada yang mengajak dan terlintas di fikiran..aku akan katakan ‘JOM’ pada mereka...Tapi sekarang tidak lagi,selepas pulang dari Umrah,aku tekad untuk tidak melakukan perkara yang tidak patut aku lakukan seperti mana sebelum-sebelum ini…aku cuba untuk berubah kearah yang lebih baik..Alhamdulillah,ada yang berjaya aku tinggalkan jauh2 ,dan ada juga yang sehingga kini masih aku usahakan agar aku tidak terus melakukan kemungkaran.Kehidupan harian yang aku jalani penuh dengan dugaan yang mendatang.Alhamdulillah,aku terima dengan redha,walaupun ada ketikanya aku rasa amat lemah,sangat lemah untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan padaku.Dengan masalah kesihatan yang aku alami,tekanan di tempat tugas,masalah keluarga,masalah sendiri,masalah hati,emosi,jiwa..dan macam-macam lagi lah.Setiap orang pasti ada masalah tersendiri,yang penting adalah cara kita menyelesaikannya.Adat juga kita manusia biasa,pasti tak lepas dengan dugaan dan cabaran,itu tandanya Allah sayangkan kita….betul tak..?Inilah ayat yang aku pegang sehingga kini..
Aku inginkan bahagia,sama ada bersama keluarga,teman dan sahabat baik.Buat teman karibku,yang juga,sahabat dan saudara ku dunia akhirat.Aku mohon kiranya korang dapat memahami diri aku,kawan yang serba kekurangan.Aku tak sesempurna dan sehebat korang.Aku tak belajar tinggi ,aku tak punya ramai kawan seperti mana korang,aku juga sedar siapa diri aku dan dengan siapa aku berkawan.Sepanjang persahabatan yang terjalin pon,aku banyak menyusahkan korang,tak kira dalam apa juga perkara.Aku mohon kemaafan sementara aku masih berkesempatan…Maafkan aku kawan-kawan..
Ada masanya,aku terasa sangat sunyi,bila mengenangkan diri yang dah tak ramai kawan seperti mana  dulu.Dalam hal ni,tak ada siapa pon nak disalahkan melainkan diri sendiri.Mungkin aku sendiri yang tak pandai nak berkawan dengan orang.Dulu aku ramai kawan tapi kawan yang sosial,kawan untuk bersosial memang senang nak dicari tapi kawan yang boleh memahami,amat sukar nk dijumpai.Bila niat di hati nak berubah,aku kurangkan beraktiviti dengan mereka dan kebanyakkan masa aku habiskan seorang diri,bukan tak mahu berkawan,tapi aku memang tak punya ramai kawan,majoriti kawan yang ada,semua dah berkeluarga….280113(Ahad) aku bawa diri ke cameron highland,setelah bosan duduk dirumah sorang-sorang…Sahabat,kawan..?Sahabat-sahabat aku yang lain,mereka ada aktiviti mereka sendri.Masing-masing ada program.manakala aku,beginilah.Aku bertolak dari rumah pagi,sekitar jam 10 lebih dengan kereta yang agak kurang sihat keadaanya,aku tekad sebenarnya.Di awal perjalanan sehinggalah aku naik highway ke timur,perancangan awal aku,aku nak bawa diri ke terengganu,tapi sebaik ternampak signboard ke terengganu yang memaparkan jarak km yang terlampau jauh,aku batalkan niat tersebut.bila dh jadi macam tu,aku pun putuskan untuk ke cameron highland,dalam 200km lebih juga la dari tempat aku...sepanjang perjalanan,dengan sehelai sepinggang,berbekalkan air mineral,air lemon tea dan roti,yang aku beli masa singgah di shell berdekatan rumah aku sebelum memulakan perjalanan
inilah bekalan aku dari mula perjalanan hinggalah sampai ke destinasi.
.Dengan lafaz bismillah,aku teruskan perjalanan,dalam perjalanan menuju ke destinasi,tak banyak tempat aku berhenti kecuali berhenti hanya sekadar mengisi minyak dan buang air je.Perjalanan aku hanya ditemani radio,itulah teman aku...ada masanya aku pasang radio tu perlahan,ada masanya aku pasang kuat sambil aku ikut menyanyi sekali.Tujuannya aku tak nak rasa sedih, kecewa dan bosan sebab pergi sorang-sorang  tanpa ditemani  kawan mahupun sahabat….nak ajak keluarga,faham-faham je lah,aku kan anak rantau jauh dari keluarga..
Aku pergi melalui bentong,jalan dimana aku pernah lalui buat kali pertamanya bersama kawan aku,kawan yang aku dah anggap sebagai sahabat dan saudara susah senang aku.dia jugalah yang banyak bantu aku sepanjang berkawan…sebaliknya aku cuma membebankan dia dalam banyak perkara,sambil mengeluh,itulah perasaan dan tanggapan  aku pada diri aku sendiri.Apa pun aku mintak maaf sekali lagi kat sahabat aku tu.Sepanjang perjalanan menuju ke cameron,setiap daerah yang aku lalui ,aku pandang kiri dan kanan jalan,walaupun jalan lurus sebab nak mengingati jalan yang aku pernah lalui,takut tersesat sebenarnya.(kalau ikut keselamatan,memang kena pandang kiri dan kanan pon kan) J….Nak menggambarkan yang memang aku gembira masa tu,ada masanya aku senyum sendiri bila ternampak tempat dimana aku pernah singgah bersama sahabat aku tu,macam tempat isi minyak,masjid,car wash,tempat makan tengahari (makan nasi ayam tu),tempat beli panadol,bila nampak sign board besar tertulis nama daerah dan macam-macam lah.Secara tiba-tiba,perkataan YESSSS terkeluar dari mulut aku tanpa semena mena…alhamdulillah,sampai juga aku akhirnya,tapi perasaan gembira yang sementara tu,aku sorang je yang tahu....x pelah,setidak-setidaknya aku dah sampai dan aku masih ingat tempat-tempat tersebut.Terima kasih sahabat sebab pengalaman ini…bisik hati kecil ku...
Perkara pertama yang buat aku senyum,bila aku nampak sign board yang tertulis air terjun chamang,sebab aku pernah bermandi manda kat sana.Tempat pertama yang aku singgah dalam perjalanan aku ni ,adalah masjid bentong,masjid yang besar dan cantik.
cantik kan
Aku singgah untuk solat zohor disana.Aku parking kereta pon tempat yang sama aku pernah parking dulu.Betapa kuatnya ingatan aku pada kenangan yang lepas bersama sahabat.Lepas solat aku teruskan perjalanan....perut agak  lapar,tapi nak singgah-singgah rasa malas.Faham-faham je lah,aku kan sorang-sorang.Alhamdulillah semua berjalan lancar…Cuma agak sunyi la,tak ada teman nak berborak sepanjang perjalanan melainkan radio,tak macam yang aku pergi sebelum ni....
Di pendekkan cerita,sesampainya aku disana pun dah agak lewat.Aku
singgah di bharat tea pun hampir pukul 0500 petang
masa itu penentu segalanya
 Seterusnya ,aku singgah di marrybrown tanah rata untuk mengalas perut yang dari tadi memang dah kelaparan….Aku ingt nak makan kat situ je,tapi meja penuh,lastnya aku pun bungkus la.Selesai urusan di marrybrown,aku pun terus mencari  masjid untuk solat asar,cari punya cari tak jumpa ,sampai aku masuk dalam pintu pagar hospital .Aku cari dan cari lagi akhirnya aku jumpa surau,aku berhenti solat asar dulu.Selesai solat asar,aku masuk kereta dan kemudian aku buka bekalan yang aku beli satu persatu.Aku makan makanan yang aku bungkus tadi dalam kereta sorang-sorang terkebil-kebil sambil mata liar pandang kiri dan kanan.Orang yang lalu lalang , aku tak hiraukan kerana perut memang dah lapar.Dalam hati, aku mula bercakap-cakap yang negetif.ahhh ,lantak koranglah nak cakap apa,aku makan dalam kereta ke,sorang-sorang ke, apa ke..biarlah…aku memang datang sorang-sorang kat sini ,tak ada berkawan dan ,aku memang tak ramai kawan…tapi hakikatnya dalam hati,aku perlukan kawan-kawan.Segala keluh kesah,sedih,gembira,hanya Allah saja yang tahu..Tak ada apa pun yang aku lakukan kat sana,dah la hujan,pergi pon seorang diri…kesimpulannya sekadar berjalan buang masa,tenaga  dan duit je,sambil tenang-tenangkan perasaan,hati dan fikiran yang agak kekusutan  …
Itulah hakikatnya,kalau korang semua nak tahu,yang aku amat memerlukan korang-korang semua selaku teman baik,sahabat karib dan saudara seagama aku…aku sayangkan korang…tak kiralah sama ada masa aku susah atau aku senang..insyaAllah…aku akan kenang korang semua..korang saudara seagama aku tau.Aku harap korang macam tu juga.Fahamilah..inilah perasaan aku anak rantau,yang ingin berubah. Disebabkan rasa terlalu bosan,aku jalan la sorang-sorang bawa hati yang ntah mcm mna rasanya,nak di terangkan di ceritakan kat sini pon aku tak tau.Aku pon jalan la,mana tau boleh jumpa sapa-sapa  yang boleh di jadikan kawan dan diajak bersembang.Kalau nak dikirakan,nak cari teman bersembang tak perlu jauh-jauh..tapi bila dalam keadaan yang sebegini,aku pergi juga  walau pon jauh.Aku sampai dirumah agak lewat dalam pukul 11 malam.Syukur alhamdulillah,semuanya baik-baik je.Setelah mengharungi pekat malam yang agak sedikit menakutkan,sbb sepanjang jalan dari cameron menuju ke felda koyan,jalan agak gelap…tak ada lampu jalan pon..risau juga kalau-kalau kereta aku buat hal..tapi alhamdulillah…semuanya selamat dengan izinNYA..
Apa pun…inilah keluh kesah aku ..anak rantau punya cerita…Buat sahabat aku yang jauh disana,aku mohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan timbulnya kurang persefahaman antara kita kebelakangan ini….jaga diri baik-baik,jaga kesihatan..moga segala urusan kita sentiasa di permudahkan olehNYA..amin…

Rabu, 23 Januari 2013

Wasiat Nabi Muhammad SAW


 “Telah bersabda Rasulullah s.a.w.jibrail sentiasa menharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu sembahyang yang lima berimam,duduk bersama ulamak-ulamak,menziarahi orang sakit,menghantar jenazah,memberi air minum,mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim.Maka bersungguh-sunguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah.Bahawasanya Allah ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya.Allah ta’ala telah berfirman bermaksud;
;.Barang siapa menharap untuk berjumpa dengan Tuhanya,maka hendaklah Dia beramal yang baik dan janganlah menyekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

Kata-kata hikmah

Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-NYA,seseorang yang tidak beriman sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.(Nabi Muhammad SAW)

Jauhilah dengki,kerana dengki memakan amal kebaiakn sebagaimana api memakan kayu yang di bakar.(Nabi Muhammad SAW)

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.(Nabi Muhammad SAW)

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta kalian,tapi Dia melihat hati dan amal kalian.(Nabi Muhammad SAW)

Kecintaan Allah melingkupi ,kecintaan ini,membimbing hati dan bahkan merambahkan ke segala hal.(imam al Ghazali)

Raihlah ilmu ,dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.(Khalifah’Umar)

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu dan wangnya adalah pinjaman.Tamu itu pastilah akan pergi,cepat atau lambat,dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.(ibnu Mas’ud)

Ketahuilah bahawa sabar,jika dipandang dalam permasalahan adalah ibarat kepala dari suatu sudut tubuh.Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk.Sama halnya ,jika kesabaran hilang,maka seluruh permasalahan itu akan rosak.(Khalifah’Ali)

Ahad, 20 Januari 2013

Himpunan kata-kata hikmah


·         Setiap perkara ada gantinya.Setiap perlakuan ada ganjarannya.Setiap kejadian ada hikmah disebalik kejadiannya.
·         Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
·         Nabi Muhammad SAW pernah berkata ; (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus  sekalipun sedikit (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)daripada Aisyah).Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
·         Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah saja yang boleh berjaya.
·         Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub kepada orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya.
·         Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa ,bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
·         Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.Jatuh pada lubang yang sama adalah satu kebodohan.
·         Saiyidina Ali menyatakan  “Kalau engkau ingin menjadi raja,maka pakailah sifat qona’ah (puas) Kalau engkau ingin syurga dunia  sbelum akhirat,pakailah budi pekerja yang mulia”.
·         Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu..
·         Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa,mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar dari krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.Sebaik-baik kaya adalah kaya hati,sebaik-baik bekal adalah takwa,seburuk-buruk adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.
·         Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)
·         Orang yang menjadi takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
·         Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
·         “ Dan berbuatlah kamu kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan”. (surah al-hajj :77)
·         “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik,dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan” (surah yusuf :18)
·         Berunding cerdik dengan pandai,faham dua menjadi satu.
·         Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi kita semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapt kita kerjakan.(Davey John Schwratz)
·         Sabar penghilang penat,tekun membawa berkat.
·         Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
·         Terbang bangau sepanjang hari,ke tasik jua akhirnya di cari.
·         Jangan berputus  asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
·         Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
·         Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan.
·         Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian

Sabtu, 19 Januari 2013

10 Celaan Allah

Antara 10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.10 celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia : 

GELOJOH KETIKA MAKAN
  • dalam kata erti lain,seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang.Menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan,yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
BANYAK BERCAKAP
  • Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,fitnah memfitnah,umpat keji,dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu ,menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
SUKA MARAH- MARAH
  • Kemarahan itu boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar batas kemanusian.Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
HASAD DENGKI
  • Seseorang yang bersikap dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah.Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.Rasulullah bersabda :"Dengki itu memakan segala kebaikan"(riwayat muslim)
KEDEKUT DAN BAKHIL
  • Rezeki yang Allah SWT kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma,membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
BERMEGAH-MEGAH
  • ia termasuk sikap suka status atau jawatan,gelaran dan menerima sanjungan.
CINTAKAN DUNIA
  • Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi.Rasulullah bersabda :"bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun,dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari" (riwayat bukhari dan muslim).
EGO ATAU SOMBONG
  • Sifat yang membuatkan seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha Besar.
UJUD DAN SUKA BANGGA DIRI
  • Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah.Rasa bersyukur tidak ada dalam diri kerana diselaputi perasaan ego.
GEMARKAN PUJIAN ATAU RIAK
  • Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.Sikap baiknya,jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila.Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan..

Buta setelah melihat,ganjarannya syurga

Daripada Anas ra.katanya."aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:Apabila aku menguji seorang hamba-KU dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia mnerima dengan sabar dan ikhlas,nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.Yang Rasulullah maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.(riwayat Bukhari)

Huraian:
  •  Allah SWT menguji manusi bukan kerana kekurangan ilmu-NYAtetapi untuk melahirkan atau menunjukkan kepada hamba berkenaan dan orang lain tentang kesabaran yang dimiliki yang melayakkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT kerana ganjaran yang dijanjikan mengikut kadar kepayahan yang dihadapinya.
  • Menjadi buta selepas melihat adalah dugaan Allah SWT,sekiranya orang yang menjadi buta itu bersabar Allah SWT akan kurniakan syurga sebagai gantinya.
  • Allah SWT akan memberi balasan syurga terhadap orang yang sabar menerima ujian-NYA.
  • Mata ialah sebesar-besar kurniaan Allah yang mempunyai peranan utama di dalam kehidupan seseorang.Oleh itu mata hendaklah digunakan untuk perkara manfaat dan diredhai Allah.

Jumaat, 18 Januari 2013

Kemulian solat malam


Solat tahajud memang tidak asing bagi orang islam,tiap kali ditanya apa itu solat tahajud pasti di jawab:”Soalat tahajud adalah solat yang dilakukan sepertiga malam.”Namun yang pasti diketahui manfaat bagi yang melaksanakannya.
Sangat sayang sekali,jika pemahaman kita terhadapnya sekadar sebagai satu ibadah tanpa mengetahui manfaat yang lain.Dari segi logikmungkin kita tidak mengetahui perintah Allah itu mendatangkan kebaikan.Seseungguhnya solat tahajud meneguhkan iman,jiwa dan mental untuk menghadapi segala pancaroba di dunia.
Dari segi sains perubatan,kita akan menghirup oksigen di atmosfera bumi sekitar pukul tiga pagi hingga terbit matahari,maka akan menjadikan badan segar dan melancarkan aliran darah.Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak akan datang lagi sehingga keesokkan pagi.Hanya manusia yang bangun waktu ini dapat oksigen tersebut..
Cuba kita kaji “PERGERAKAN OTOT –OTOT KETIKA SOLAT”.Secara kasar,pertama “BERDIRI TEGAK” kemudian “MENGANGKAT KEDUA TANGAN”(bertakbir) dan meletakkan tangan dia atas dada.Gerakan-gerakan tersebut telah membesarkan rongga dada sehingga paru-paru terasa lapang.Ketika “RUKUK”kita menunduk separuh,dengan imbangan badan dan bernafas seperti biasa.Dimana banyak pergerakan otot kaki,pinggang dan tangan yang digunakan.
Ketika “SUJUD”,seluruh berat badan akan tertumpu sepenuhnya pada otot-otot kedua tangan dan kaki.Dalam gerakan ini banyak persendian otot yang kita gerakan diantaranya dada,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki.Selepas itu kita bangkit daripada sujud.
Kita duduk,kemudian kita sujud lagi dan sesudah itu kita berdiri kembali .Dalam gerakan kali ini secara automatik kita telah mengerakan sejumlah besar otot-otot didada,bahu,lengan,perut,punggung,peha,kaki bahagian bawah dan otot-otot lainnya.
Selain itu kita juga melakukan “DUA JENIS DUDUK”,pertama “DUDUK ANTARA DUA SUJUD dan kedua “DUDUK TASYAHUD”.Kedua-dua jenis duduk ini menggerakan tumit,pangkal paha,celah kangkang.jari-jari kaki dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua hal di atas iaitu menghirup oksigen dan gerakan solat.Semua itu sudah tentu menyihatkan tubuh kita.Solat tahajud juga menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.
Sembilan kemulian solat malam:
   Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa memelihara solat tahajud dengan bersungguh-sunguh,maka      Allah memberinya sembilan kemulian,terdiri dari lima di dunia dan empat di akhirat
.
Di dunia:
  •       Allah jauhkan dari bencana
  •      Tanda kesolehan memancar di wajahnya
  •   Akan dicintai hamba Allah yang soleh pula lagi disegani manusia
  •   Bicaranya menjadi hikmah dan berwibawa
  •   Mudah memahami agama Allah.
Di akhirat:
  •  Bangkit dengan wajah yang penuh cahaya
  •  Mudah saat dihisab
  •  Seperti kilat menyambar melalui siratalmustaqim
  •  Menerima catatan amal dari sebelah kanan. 


*Petikan diambil dari Mega agama,sudut bimbingan(utusan malaysia)

Khamis, 17 Januari 2013

Tinggal dosa hidupkan jiwa

Golongan cendekiawan ada mengatakan,orang berilmu itu selalu menjaga kesihatan jiwa dengan cara bergaul dengan orang yang mempunyai pengetahuan agama.Mereka juga selalu memikir dan menimbang terlebih dahulu sebelum mengerjakan sesuatu.Mereka juga sabar dalam menghadapi sesuatu,memeriksa keburukan diri sendiri dan membiasakan pekerjaan yang berhubung dengan fikiran.
Setiap jiwa insani merindui kebenaran ilahi.Oleh sebab itu,di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah.Ini hanya akan dapat dirasakan oleh golongan yang beriman dan jiwa yang bertakwa kepada Allah SWT.Sungguh sukar untuk diucapkan melalui kata-kata,hanya yang beriman dapat merasakan betapa besarnya kenikmatan itu.
Setiap kemaksiatan adalah racun dalam hati yang boleh merosakkan kesucian jiwa seseorang.Jika seseorang itu terus melakukan dosa ia akan mewariskan kehinaan dalam dirinya.Oleh sebab yang demikian,meninggalkan dosa bermakna menghidupkan "JIWA".Ini adalah langkah terbaik untuk setiap insan yang inginkan ketenangan "JIWA".
Sayidina Ali bin Abi Thalib yang berpesan: "Tenangkan hati (JIWA) dalam waktu-waktu tertentu,kerana jika hati (JIWA) itu merasa letih ia akan menjadi buta".Sementara itu Ibnu Munkadir berkata:"Bagiku nikmat dunia ini hanya ada tiga perkara; iaitu qiamullail,silaturahim dan solat berjemaah."
Oleh itu,bagi setiap insan yang beriman renungkanlah diri kita sendiri agar kita mengetahui hakikat diri kita sendiri,serta tujuan kita hidup di dunia ini.Melaluinya kita akan dapat mengenali Pencipta Yang Maha Agung.Berilah penawar dan cahaya dalam jiwa dengan keimanan yang bersungguh-sungguh agar jiwa sentiasa suci dan bersih.

Dalam Al-Quran terdapat petunjuk dan juga rahmat bagi mereka yang menghadapi pelbagai penyakit termasuk kegelisahan jiwa;

Cara didik jiwa;
  • Lakukan sifat-sifat terpuji
  • Amalkan sifat-sifat selalu berzikir
  • Melakukan sesuatu hanya kerana AllahSWT demi keredhaan-NYA
  • Jauhi sifat-sifat tercela seperti;hasad dengki,riak,takbur,ujud,bakhil,cintakan kekayaan,kemasyuran(glamor),pemarah,mengumpat,mengadu domba,berdusta,menfitnah,dan banyak ketawa yang sia-sia
  • Dan sesungguhnya kami akan berikan cahaya kepada mu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.(al-baqarah:155)
  • Yang menyebabkan timbulnya huru-hara dalam hati sanubari (JIWA) manusia adalah dosa-dosa yang dilakukan manusia.(riwayat Muslim)

Selasa, 15 Januari 2013

Doa orang yang dizalimi tiada hijab


Doa adalah senjata paling hebat yang dimiliki oleh orang mukmin.Pada zaman Rasullullah SAW dan zaman kegemilangan islam,bilangan tentera islam adalah lebih kecil berbanding musuh.Begitu juga dengan kelengkapan persenjataan dan kenderaan perang yang kurang hebat berbanding dengan pihak musuh.
Namun begitu di ketika itu pergantungan dan pengharapan mereka kepada Allah SWT sangat kuat.
Sebagai contoh,dalam perperangan badar,jumlah ketumbukan tentera musuh adalah tiga kali ganda berbanding tentera islam.Namun pertolongan Allah SWT turun apabila pergantungan Rasullullah SAW dan para sahabat ra.mutlak kepada-NYA .

Peristiwa ini dirakamkan dalam aq-quran melalui firman-NYA: (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu,lalu Dia perkenankan permohonan kamu(dengan firman-NYA);Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu(bala tentera daripada malaikat yang datang berturut-turut.Dan Allah tidak menjadikan(bantuan malaikat)itu melainkan sebagai berita gembiradan supaya hati kamu tenang dan tenteramdengannya.Dan kememnangan itupula hanyalah daripada sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana

Sebagai kesimpulannya,mohonlah doa kepada Allah SWT sentiasa kerana Allah bersifat dengan Maha Pendengar.jangan berputus asa meminta selagi belum dimakbulkan dan belum ditunaikan oleh-NYA.Disamping kita disuruh sentiasa berdoa kepada Allah SWT.Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:Ibnu Abbas ra.meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan baginda berkata kepadanya:Takutlah kamu akan doa seorang yang dizalimi,kerana doa tersebut tidak ad hijab(penghalang)di antara dia dengan Allah(riwayat bukhari dan muslim).

Dengki dan iri hati,biarlah pada tempatnya

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu;Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu di belanjakan hartanya itu kejalan yang benar(yang di redhai oleh Allah SWT)dan orang yang dikerniakan Allah ilmu pengetahuan,lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya(al-quran dan hadis) serta di ajarkannya pula kepada orang lain.(riwayat al-bukhari)

Huraiannya:
  1. . Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja. 
  2. . Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-quran dan hadis,sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata. 
  3. . Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan dua perkara; 

  • Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu serta mengajarkanya pula kepada orang lain.. 
  • Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredai oleh Allah. 



-:petikan dari senarai hadis jabatan kemajuan islam malaysia(jakim)

Tekanan & Tertekan

Setiap orang pasti pernah merasa tertekan dengan keadaan dan situasi sama  ada dalam bidang tugas ,dirumah,dengan kawan-kawan,kerana sikap individu, atau apa juga perkara yang boleh membuatkan kita merasa sedemikin.. 
Dalam bidang tugas contohnya,macam-macam sikap dan perangai kita boleh tengok..Bila mana kita berada di peringkat atau level paling rendah,pastinya akan merasa tertekan dengan pihak atasan yang bermacam macam kerenah,dengan segala macam arahan,peraturan dan tugas yang diberikan..Yang bawah tertekan dengan orang atasan,yang atasan pasti juga tertekan dengan yang lagi atasan.
Mahu atau tidak,itulah namanya “KERJA”..disitulah punca rezeki kita untuk menampung dan meneruskan kehidupan seharian…Suka atau tidak pada “MEREKA” yang membuatkan kita merasa tekanan dan tertekan  jadi terpaksa jugalah terima...... Dengan hati yang berkata-kata….sama ada baik atau pun tidak apa yang dikatakan,dirungutkan,dikeluhkan hanya kita saja yang tahu…Itulah rungutan dan keluhan suara hati…Cehhh wahh…hahaha..Apa pun,itulah namanya “TEKANAN KERJA “..Walaupun saban hari merasa bosan dengan keadaan sedemikian...akhirnya harus akur dan terima seadanya
Bila difikirkan pula secara positif,setiap perkara yang berlaku itu pasti ada sebabnya..Allah telah menentukan ujian yang berbeza-beza pada kita semua selaku umat-NYA....Betul tak...?Jadi,usaha,tawakal,berserah dan redha, akan ketentuan-NYA,....Kebahagian,kegembiraan,kejayaan,pastikan muncul juga akhirnya…InsyaAllah..amen..


 Sabarlah wahai hati…
inilah akibat tekanan dan tertekan... :)

Ahad, 13 Januari 2013

Catatan bermula

 Seorang budak kampung yang merantau ke kuala lumpur,dalam mencari rezeki disamping mengejar cita-cita dan impian yang diharapkan dan dalam pada masa yang sama, tidak lepas dari dugaan yang melanda. Saban hari demi hari hinggalah ke saat ini, masih berharap moga-moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat dalam mencari redhaNYA. Amin.
sekadar coretan salam perkenalan...