Rabu, 13 Mac 2013

Berkongsi kenikmatan-NYA

DAN apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu,berkatalah orang-orang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah Kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah ia akan memberinya makan?Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata. (Yasin : 47)

Ibnu Kathir berkata : "mereka diperintahkan untuk mendermakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada orang islam yang memerlukan dan golongan miskin.Begitu juga orang kafir yang beriman dan orang mukmin yang memerlukan segalanya,Dia akan memperkayakan dan mengurniakan rezekiNYA kepada yang dikehendaki.

Al-Maghari berkata : "apabila mereka disuruh mendermakan sebahagian nikmat Allah SWT yang telah diberikan kepada mereka kepada orang miskin di kalangan orang islam,lalu berkata,sekiranya Allah SWT menghendaki,sudah pasti mereka menjadi kaya dan memberi makan.Oleh yang demikian,tidak perlu lagi kami sibuk menguruskan mereka."

Perkataan mimma razaqa kumullah (sebahagian nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu) merupakan dorongan kepada mereka agar membelanjakan harta mereka.Hal ini menjadi peringatan betapa besarnya dosa mereka apabila tidak mematuhi perintah Allah SWT, disamping kecaman terhadap mereka kerana tidak bersikap belas kasihan sesama makhluk Allah SWT.

Kemudian Allah SWT menerangkan bahawa di samping nereka bakhil dan kikir,mereka juga menghalang orang yang menyuruh orang lain membelanjakan harta mereka...

Petikan diambil dari mega agama utusan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan