Aku mulakan cerita ini dengan lafaz bismillah dan
assalammualaikum....Coretakan dimalam yang sepi.Aku seorang yang kuat memendam rasa dan dulunya aku juga seorang yang sosial
,maklumlah jiwa muda…berjoli tak tentu hala,siang malam tak kira masa.Asal ada
yang mengajak dan terlintas di fikiran..aku akan katakan ‘JOM’ pada mereka...Tapi sekarang tidak
lagi,selepas pulang dari Umrah,aku tekad untuk tidak melakukan perkara yang
tidak patut aku lakukan seperti mana sebelum-sebelum ini…aku cuba untuk berubah
kearah yang lebih baik..Alhamdulillah,ada yang berjaya aku tinggalkan jauh2 ,dan
ada juga yang sehingga kini masih aku usahakan agar aku
tidak terus melakukan kemungkaran.Kehidupan harian yang aku jalani penuh dengan
dugaan yang mendatang.Alhamdulillah,aku terima dengan redha,walaupun ada ketikanya
aku rasa amat lemah,sangat lemah untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan
padaku.Dengan masalah kesihatan yang aku alami,tekanan di tempat tugas,masalah
keluarga,masalah sendiri,masalah hati,emosi,jiwa..dan macam-macam lagi lah.Setiap
orang pasti ada masalah tersendiri,yang penting adalah cara kita
menyelesaikannya.Adat juga kita manusia biasa,pasti tak lepas dengan dugaan dan
cabaran,itu tandanya Allah sayangkan kita….betul tak..?Inilah ayat yang aku pegang
sehingga kini..
Aku inginkan bahagia,sama
ada bersama keluarga,teman dan sahabat baik.Buat teman karibku,yang juga,sahabat
dan saudara ku dunia akhirat.Aku mohon kiranya korang dapat memahami diri
aku,kawan yang serba kekurangan.Aku tak sesempurna dan sehebat korang.Aku tak
belajar tinggi ,aku tak punya ramai kawan seperti mana korang,aku
juga sedar siapa diri aku dan dengan siapa aku berkawan.Sepanjang persahabatan
yang terjalin pon,aku banyak menyusahkan korang,tak kira dalam apa juga perkara.Aku
mohon kemaafan sementara aku masih berkesempatan…Maafkan aku kawan-kawan..
Ada masanya,aku
terasa sangat sunyi,bila mengenangkan diri yang dah tak ramai kawan seperti mana
dulu.Dalam hal ni,tak ada siapa pon nak
disalahkan melainkan diri sendiri.Mungkin aku sendiri yang tak pandai nak
berkawan dengan orang.Dulu aku ramai kawan tapi kawan yang sosial,kawan untuk
bersosial memang senang nak dicari tapi kawan yang boleh memahami,amat sukar nk
dijumpai.Bila niat di hati nak berubah,aku kurangkan beraktiviti dengan
mereka dan kebanyakkan masa aku habiskan seorang diri,bukan tak mahu berkawan,tapi
aku memang tak punya ramai kawan,majoriti kawan yang ada,semua dah berkeluarga….280113(Ahad)
aku bawa diri ke cameron highland,setelah bosan duduk dirumah sorang-sorang…Sahabat,kawan..?Sahabat-sahabat
aku yang lain,mereka ada aktiviti mereka sendri.Masing-masing ada program.manakala aku,beginilah.Aku bertolak dari
rumah pagi,sekitar jam 10 lebih dengan kereta yang agak kurang sihat
keadaanya,aku tekad sebenarnya.Di awal perjalanan sehinggalah aku naik highway
ke timur,perancangan awal aku,aku nak bawa diri ke terengganu,tapi sebaik
ternampak signboard ke terengganu yang memaparkan jarak km yang terlampau jauh,aku
batalkan niat tersebut.bila dh jadi macam tu,aku pun putuskan untuk ke cameron
highland,dalam 200km lebih juga la dari tempat aku...sepanjang perjalanan,dengan
sehelai sepinggang,berbekalkan air mineral,air lemon tea dan roti,yang aku beli
masa singgah di shell berdekatan
rumah aku sebelum memulakan perjalanan
![]() |
inilah bekalan aku dari mula perjalanan hinggalah sampai ke destinasi. |
.Dengan lafaz bismillah,aku teruskan perjalanan,dalam
perjalanan menuju ke destinasi,tak banyak tempat aku berhenti kecuali berhenti
hanya sekadar mengisi minyak dan buang air je.Perjalanan aku hanya ditemani
radio,itulah teman aku...ada masanya aku pasang radio tu perlahan,ada masanya aku
pasang kuat sambil aku ikut menyanyi sekali.Tujuannya aku tak nak rasa sedih,
kecewa dan bosan sebab pergi sorang-sorang tanpa ditemani
kawan mahupun sahabat….nak ajak keluarga,faham-faham je lah,aku kan anak
rantau jauh dari keluarga..
Aku pergi melalui
bentong,jalan dimana aku pernah lalui buat kali pertamanya bersama kawan aku,kawan
yang aku dah anggap sebagai sahabat dan saudara susah senang aku.dia jugalah
yang banyak bantu aku sepanjang berkawan…sebaliknya aku cuma membebankan dia
dalam banyak perkara,sambil mengeluh,itulah perasaan dan tanggapan aku pada diri aku sendiri.Apa pun aku mintak
maaf sekali lagi kat sahabat aku tu.Sepanjang perjalanan menuju ke cameron,setiap
daerah yang aku lalui ,aku pandang kiri dan kanan jalan,walaupun jalan lurus sebab
nak mengingati jalan yang aku pernah lalui,takut tersesat sebenarnya.(kalau
ikut keselamatan,memang kena pandang kiri dan kanan pon kan) J….Nak menggambarkan
yang memang aku gembira masa tu,ada masanya aku senyum sendiri bila ternampak
tempat dimana aku pernah singgah bersama sahabat aku tu,macam tempat isi
minyak,masjid,car wash,tempat makan tengahari (makan nasi ayam tu),tempat beli
panadol,bila nampak sign board besar tertulis nama daerah dan macam-macam lah.Secara tiba-tiba,perkataan YESSSS terkeluar dari mulut aku tanpa semena mena…alhamdulillah,sampai
juga aku akhirnya,tapi perasaan gembira yang sementara tu,aku sorang je yang
tahu....x pelah,setidak-setidaknya aku dah sampai dan aku masih ingat
tempat-tempat tersebut.Terima kasih sahabat sebab pengalaman ini…bisik hati
kecil ku...
![]() |
cantik kan |
Di pendekkan cerita,sesampainya
aku disana pun dah agak lewat.Aku
singgah di bharat tea pun hampir pukul 0500 petang
singgah di bharat tea pun hampir pukul 0500 petang
![]() |
masa itu penentu segalanya |
Seterusnya ,aku singgah di marrybrown tanah rata untuk
mengalas perut yang dari tadi memang dah kelaparan….Aku ingt nak makan kat situ
je,tapi meja penuh,lastnya aku pun bungkus la.Selesai urusan di marrybrown,aku
pun terus mencari masjid untuk solat
asar,cari punya cari tak jumpa ,sampai aku masuk dalam pintu pagar hospital .Aku
cari dan cari lagi akhirnya aku jumpa surau,aku berhenti solat asar
dulu.Selesai solat asar,aku masuk kereta dan kemudian aku buka bekalan yang aku
beli satu persatu.Aku makan makanan yang aku bungkus tadi dalam kereta
sorang-sorang terkebil-kebil sambil mata liar pandang kiri dan kanan.Orang yang
lalu lalang , aku tak hiraukan kerana perut memang dah lapar.Dalam hati, aku mula
bercakap-cakap yang negetif.ahhh ,lantak koranglah nak cakap apa,aku makan
dalam kereta ke,sorang-sorang ke, apa ke..biarlah…aku memang datang sorang-sorang
kat sini ,tak ada berkawan dan ,aku memang tak ramai kawan…tapi hakikatnya dalam
hati,aku perlukan kawan-kawan.Segala keluh kesah,sedih,gembira,hanya Allah saja
yang tahu..Tak ada apa pun yang aku lakukan kat sana,dah la hujan,pergi pon
seorang diri…kesimpulannya sekadar berjalan buang masa,tenaga dan duit je,sambil tenang-tenangkan
perasaan,hati dan fikiran yang agak kekusutan
…
Itulah hakikatnya,kalau
korang semua nak tahu,yang aku amat memerlukan korang-korang semua selaku teman
baik,sahabat karib dan saudara seagama aku…aku sayangkan korang…tak kiralah
sama ada masa aku susah atau aku senang..insyaAllah…aku akan kenang korang
semua..korang saudara seagama aku tau.Aku harap korang macam tu juga.Fahamilah..inilah
perasaan aku anak rantau,yang ingin berubah. Disebabkan rasa terlalu bosan,aku jalan
la sorang-sorang bawa hati yang ntah mcm mna rasanya,nak di terangkan di ceritakan
kat sini pon aku tak tau.Aku pon jalan la,mana tau boleh jumpa sapa-sapa yang boleh di jadikan kawan dan diajak
bersembang.Kalau nak dikirakan,nak cari teman bersembang tak perlu
jauh-jauh..tapi bila dalam keadaan yang sebegini,aku pergi juga walau pon jauh.Aku sampai dirumah agak lewat
dalam pukul 11 malam.Syukur alhamdulillah,semuanya baik-baik je.Setelah
mengharungi pekat malam yang agak sedikit menakutkan,sbb sepanjang jalan dari
cameron menuju ke felda koyan,jalan agak gelap…tak ada lampu jalan pon..risau
juga kalau-kalau kereta aku buat hal..tapi alhamdulillah…semuanya selamat
dengan izinNYA..
Apa pun…inilah keluh
kesah aku ..anak rantau punya cerita…Buat sahabat aku yang jauh disana,aku
mohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan timbulnya kurang persefahaman
antara kita kebelakangan ini….jaga diri baik-baik,jaga kesihatan..moga segala
urusan kita sentiasa di permudahkan olehNYA..amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan