Memaparkan catatan dengan label Renungan dan perkongsian ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan dan perkongsian ilmu. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2013

Wasiat Nabi Muhammad SAW


 “Telah bersabda Rasulullah s.a.w.jibrail sentiasa menharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu sembahyang yang lima berimam,duduk bersama ulamak-ulamak,menziarahi orang sakit,menghantar jenazah,memberi air minum,mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim.Maka bersungguh-sunguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah.Bahawasanya Allah ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya.Allah ta’ala telah berfirman bermaksud;
;.Barang siapa menharap untuk berjumpa dengan Tuhanya,maka hendaklah Dia beramal yang baik dan janganlah menyekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

Kata-kata hikmah

Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-NYA,seseorang yang tidak beriman sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.(Nabi Muhammad SAW)

Jauhilah dengki,kerana dengki memakan amal kebaiakn sebagaimana api memakan kayu yang di bakar.(Nabi Muhammad SAW)

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.(Nabi Muhammad SAW)

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta kalian,tapi Dia melihat hati dan amal kalian.(Nabi Muhammad SAW)

Kecintaan Allah melingkupi ,kecintaan ini,membimbing hati dan bahkan merambahkan ke segala hal.(imam al Ghazali)

Raihlah ilmu ,dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.(Khalifah’Umar)

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu dan wangnya adalah pinjaman.Tamu itu pastilah akan pergi,cepat atau lambat,dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.(ibnu Mas’ud)

Ketahuilah bahawa sabar,jika dipandang dalam permasalahan adalah ibarat kepala dari suatu sudut tubuh.Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk.Sama halnya ,jika kesabaran hilang,maka seluruh permasalahan itu akan rosak.(Khalifah’Ali)

Ahad, 20 Januari 2013

Himpunan kata-kata hikmah


·         Setiap perkara ada gantinya.Setiap perlakuan ada ganjarannya.Setiap kejadian ada hikmah disebalik kejadiannya.
·         Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
·         Nabi Muhammad SAW pernah berkata ; (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus  sekalipun sedikit (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)daripada Aisyah).Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
·         Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah saja yang boleh berjaya.
·         Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub kepada orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya.
·         Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa ,bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
·         Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.Jatuh pada lubang yang sama adalah satu kebodohan.
·         Saiyidina Ali menyatakan  “Kalau engkau ingin menjadi raja,maka pakailah sifat qona’ah (puas) Kalau engkau ingin syurga dunia  sbelum akhirat,pakailah budi pekerja yang mulia”.
·         Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu..
·         Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa,mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar dari krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.Sebaik-baik kaya adalah kaya hati,sebaik-baik bekal adalah takwa,seburuk-buruk adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.
·         Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)
·         Orang yang menjadi takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
·         Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
·         “ Dan berbuatlah kamu kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan”. (surah al-hajj :77)
·         “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik,dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan” (surah yusuf :18)
·         Berunding cerdik dengan pandai,faham dua menjadi satu.
·         Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi kita semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapt kita kerjakan.(Davey John Schwratz)
·         Sabar penghilang penat,tekun membawa berkat.
·         Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
·         Terbang bangau sepanjang hari,ke tasik jua akhirnya di cari.
·         Jangan berputus  asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
·         Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
·         Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan.
·         Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian

Sabtu, 19 Januari 2013

10 Celaan Allah

Antara 10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.10 celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia : 

GELOJOH KETIKA MAKAN
  • dalam kata erti lain,seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang.Menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan,yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
BANYAK BERCAKAP
  • Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,fitnah memfitnah,umpat keji,dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu ,menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
SUKA MARAH- MARAH
  • Kemarahan itu boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar batas kemanusian.Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
HASAD DENGKI
  • Seseorang yang bersikap dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah.Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.Rasulullah bersabda :"Dengki itu memakan segala kebaikan"(riwayat muslim)
KEDEKUT DAN BAKHIL
  • Rezeki yang Allah SWT kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma,membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
BERMEGAH-MEGAH
  • ia termasuk sikap suka status atau jawatan,gelaran dan menerima sanjungan.
CINTAKAN DUNIA
  • Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi.Rasulullah bersabda :"bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun,dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari" (riwayat bukhari dan muslim).
EGO ATAU SOMBONG
  • Sifat yang membuatkan seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha Besar.
UJUD DAN SUKA BANGGA DIRI
  • Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah.Rasa bersyukur tidak ada dalam diri kerana diselaputi perasaan ego.
GEMARKAN PUJIAN ATAU RIAK
  • Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.Sikap baiknya,jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila.Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan..

Buta setelah melihat,ganjarannya syurga

Daripada Anas ra.katanya."aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:Apabila aku menguji seorang hamba-KU dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia mnerima dengan sabar dan ikhlas,nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.Yang Rasulullah maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.(riwayat Bukhari)

Huraian:
  •  Allah SWT menguji manusi bukan kerana kekurangan ilmu-NYAtetapi untuk melahirkan atau menunjukkan kepada hamba berkenaan dan orang lain tentang kesabaran yang dimiliki yang melayakkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT kerana ganjaran yang dijanjikan mengikut kadar kepayahan yang dihadapinya.
  • Menjadi buta selepas melihat adalah dugaan Allah SWT,sekiranya orang yang menjadi buta itu bersabar Allah SWT akan kurniakan syurga sebagai gantinya.
  • Allah SWT akan memberi balasan syurga terhadap orang yang sabar menerima ujian-NYA.
  • Mata ialah sebesar-besar kurniaan Allah yang mempunyai peranan utama di dalam kehidupan seseorang.Oleh itu mata hendaklah digunakan untuk perkara manfaat dan diredhai Allah.

Jumaat, 18 Januari 2013

Kemulian solat malam


Solat tahajud memang tidak asing bagi orang islam,tiap kali ditanya apa itu solat tahajud pasti di jawab:”Soalat tahajud adalah solat yang dilakukan sepertiga malam.”Namun yang pasti diketahui manfaat bagi yang melaksanakannya.
Sangat sayang sekali,jika pemahaman kita terhadapnya sekadar sebagai satu ibadah tanpa mengetahui manfaat yang lain.Dari segi logikmungkin kita tidak mengetahui perintah Allah itu mendatangkan kebaikan.Seseungguhnya solat tahajud meneguhkan iman,jiwa dan mental untuk menghadapi segala pancaroba di dunia.
Dari segi sains perubatan,kita akan menghirup oksigen di atmosfera bumi sekitar pukul tiga pagi hingga terbit matahari,maka akan menjadikan badan segar dan melancarkan aliran darah.Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak akan datang lagi sehingga keesokkan pagi.Hanya manusia yang bangun waktu ini dapat oksigen tersebut..
Cuba kita kaji “PERGERAKAN OTOT –OTOT KETIKA SOLAT”.Secara kasar,pertama “BERDIRI TEGAK” kemudian “MENGANGKAT KEDUA TANGAN”(bertakbir) dan meletakkan tangan dia atas dada.Gerakan-gerakan tersebut telah membesarkan rongga dada sehingga paru-paru terasa lapang.Ketika “RUKUK”kita menunduk separuh,dengan imbangan badan dan bernafas seperti biasa.Dimana banyak pergerakan otot kaki,pinggang dan tangan yang digunakan.
Ketika “SUJUD”,seluruh berat badan akan tertumpu sepenuhnya pada otot-otot kedua tangan dan kaki.Dalam gerakan ini banyak persendian otot yang kita gerakan diantaranya dada,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki.Selepas itu kita bangkit daripada sujud.
Kita duduk,kemudian kita sujud lagi dan sesudah itu kita berdiri kembali .Dalam gerakan kali ini secara automatik kita telah mengerakan sejumlah besar otot-otot didada,bahu,lengan,perut,punggung,peha,kaki bahagian bawah dan otot-otot lainnya.
Selain itu kita juga melakukan “DUA JENIS DUDUK”,pertama “DUDUK ANTARA DUA SUJUD dan kedua “DUDUK TASYAHUD”.Kedua-dua jenis duduk ini menggerakan tumit,pangkal paha,celah kangkang.jari-jari kaki dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua hal di atas iaitu menghirup oksigen dan gerakan solat.Semua itu sudah tentu menyihatkan tubuh kita.Solat tahajud juga menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.
Sembilan kemulian solat malam:
   Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa memelihara solat tahajud dengan bersungguh-sunguh,maka      Allah memberinya sembilan kemulian,terdiri dari lima di dunia dan empat di akhirat
.
Di dunia:
  •       Allah jauhkan dari bencana
  •      Tanda kesolehan memancar di wajahnya
  •   Akan dicintai hamba Allah yang soleh pula lagi disegani manusia
  •   Bicaranya menjadi hikmah dan berwibawa
  •   Mudah memahami agama Allah.
Di akhirat:
  •  Bangkit dengan wajah yang penuh cahaya
  •  Mudah saat dihisab
  •  Seperti kilat menyambar melalui siratalmustaqim
  •  Menerima catatan amal dari sebelah kanan. 


*Petikan diambil dari Mega agama,sudut bimbingan(utusan malaysia)

Khamis, 17 Januari 2013

Tinggal dosa hidupkan jiwa

Golongan cendekiawan ada mengatakan,orang berilmu itu selalu menjaga kesihatan jiwa dengan cara bergaul dengan orang yang mempunyai pengetahuan agama.Mereka juga selalu memikir dan menimbang terlebih dahulu sebelum mengerjakan sesuatu.Mereka juga sabar dalam menghadapi sesuatu,memeriksa keburukan diri sendiri dan membiasakan pekerjaan yang berhubung dengan fikiran.
Setiap jiwa insani merindui kebenaran ilahi.Oleh sebab itu,di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah.Ini hanya akan dapat dirasakan oleh golongan yang beriman dan jiwa yang bertakwa kepada Allah SWT.Sungguh sukar untuk diucapkan melalui kata-kata,hanya yang beriman dapat merasakan betapa besarnya kenikmatan itu.
Setiap kemaksiatan adalah racun dalam hati yang boleh merosakkan kesucian jiwa seseorang.Jika seseorang itu terus melakukan dosa ia akan mewariskan kehinaan dalam dirinya.Oleh sebab yang demikian,meninggalkan dosa bermakna menghidupkan "JIWA".Ini adalah langkah terbaik untuk setiap insan yang inginkan ketenangan "JIWA".
Sayidina Ali bin Abi Thalib yang berpesan: "Tenangkan hati (JIWA) dalam waktu-waktu tertentu,kerana jika hati (JIWA) itu merasa letih ia akan menjadi buta".Sementara itu Ibnu Munkadir berkata:"Bagiku nikmat dunia ini hanya ada tiga perkara; iaitu qiamullail,silaturahim dan solat berjemaah."
Oleh itu,bagi setiap insan yang beriman renungkanlah diri kita sendiri agar kita mengetahui hakikat diri kita sendiri,serta tujuan kita hidup di dunia ini.Melaluinya kita akan dapat mengenali Pencipta Yang Maha Agung.Berilah penawar dan cahaya dalam jiwa dengan keimanan yang bersungguh-sungguh agar jiwa sentiasa suci dan bersih.

Dalam Al-Quran terdapat petunjuk dan juga rahmat bagi mereka yang menghadapi pelbagai penyakit termasuk kegelisahan jiwa;

Cara didik jiwa;
  • Lakukan sifat-sifat terpuji
  • Amalkan sifat-sifat selalu berzikir
  • Melakukan sesuatu hanya kerana AllahSWT demi keredhaan-NYA
  • Jauhi sifat-sifat tercela seperti;hasad dengki,riak,takbur,ujud,bakhil,cintakan kekayaan,kemasyuran(glamor),pemarah,mengumpat,mengadu domba,berdusta,menfitnah,dan banyak ketawa yang sia-sia
  • Dan sesungguhnya kami akan berikan cahaya kepada mu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.(al-baqarah:155)
  • Yang menyebabkan timbulnya huru-hara dalam hati sanubari (JIWA) manusia adalah dosa-dosa yang dilakukan manusia.(riwayat Muslim)

Selasa, 15 Januari 2013

Doa orang yang dizalimi tiada hijab


Doa adalah senjata paling hebat yang dimiliki oleh orang mukmin.Pada zaman Rasullullah SAW dan zaman kegemilangan islam,bilangan tentera islam adalah lebih kecil berbanding musuh.Begitu juga dengan kelengkapan persenjataan dan kenderaan perang yang kurang hebat berbanding dengan pihak musuh.
Namun begitu di ketika itu pergantungan dan pengharapan mereka kepada Allah SWT sangat kuat.
Sebagai contoh,dalam perperangan badar,jumlah ketumbukan tentera musuh adalah tiga kali ganda berbanding tentera islam.Namun pertolongan Allah SWT turun apabila pergantungan Rasullullah SAW dan para sahabat ra.mutlak kepada-NYA .

Peristiwa ini dirakamkan dalam aq-quran melalui firman-NYA: (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu,lalu Dia perkenankan permohonan kamu(dengan firman-NYA);Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu(bala tentera daripada malaikat yang datang berturut-turut.Dan Allah tidak menjadikan(bantuan malaikat)itu melainkan sebagai berita gembiradan supaya hati kamu tenang dan tenteramdengannya.Dan kememnangan itupula hanyalah daripada sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana

Sebagai kesimpulannya,mohonlah doa kepada Allah SWT sentiasa kerana Allah bersifat dengan Maha Pendengar.jangan berputus asa meminta selagi belum dimakbulkan dan belum ditunaikan oleh-NYA.Disamping kita disuruh sentiasa berdoa kepada Allah SWT.Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:Ibnu Abbas ra.meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan baginda berkata kepadanya:Takutlah kamu akan doa seorang yang dizalimi,kerana doa tersebut tidak ad hijab(penghalang)di antara dia dengan Allah(riwayat bukhari dan muslim).

Dengki dan iri hati,biarlah pada tempatnya

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu;Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu di belanjakan hartanya itu kejalan yang benar(yang di redhai oleh Allah SWT)dan orang yang dikerniakan Allah ilmu pengetahuan,lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya(al-quran dan hadis) serta di ajarkannya pula kepada orang lain.(riwayat al-bukhari)

Huraiannya:
  1. . Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja. 
  2. . Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-quran dan hadis,sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata. 
  3. . Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan dua perkara; 

  • Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu serta mengajarkanya pula kepada orang lain.. 
  • Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredai oleh Allah. 



-:petikan dari senarai hadis jabatan kemajuan islam malaysia(jakim)