Seorang insan yang bergelar manusia..dalam mengejar cita cita,tidak terlepas dengan dugaan dalam hidup yang mencabar bila mana diduga dengan cinta,kasih dan sayang.selaku umatNYA yang ingin berjaya di dunia dan akhirat..sekadar coretan..suka suki..
Isnin, 8 Julai 2013
Khamis, 28 Mac 2013
Indahnya saat bersama-Mu
Manusia yang berada di atas muka bumi ini tidak dijadikan tanpa tujuan atau secara kebetulan,sebagaimana dakwaan golongan anti penciptaan.Di sebalik kesibukan manusia menjalankan tugas manusiawi mereka sebagai perdana menteri,askar,peniaga,guru atau suri rumah,sebenarnya tujuan sebenar penciptaan mereka adalah untuk beribadat kepada pencipta mereka.
Objektif ini dijelaskan dalam firman-Nya :
Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan kerana mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka,dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.
( surah al-Dhariyat 51: 56_57 )
Solat-solat fardhu yang dikerjakan setiap hari sebenarnya masih tidak memadai untuk seorang hamba memenuhi objektif yang dinyatakan dalam ayat diatas..
Islam memberi galakan kepada umatnya untuk melakukan ibadat tambahan untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi ibadah mereka..Qiamullail adalah satu ibadat yang sangat dituntut.
Apabila berlalu separuh malam atau sepertiganya,perintah tuhan tuhan ke langit dunia.Lalu berserulah : Adakah orang yang memohon ( berdoa ),pasti akan Kukabulkan.Adakah sesiapa yang memohon keampunan,pasti akan Kuampuni baginya sampai tiba waktu subuh..
( riwayat muslim )
Rabu, 13 Mac 2013
Berkongsi kenikmatan-NYA
DAN apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu,berkatalah orang-orang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah Kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah ia akan memberinya makan?Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata. (Yasin : 47)
Ibnu Kathir berkata : "mereka diperintahkan untuk mendermakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada orang islam yang memerlukan dan golongan miskin.Begitu juga orang kafir yang beriman dan orang mukmin yang memerlukan segalanya,Dia akan memperkayakan dan mengurniakan rezekiNYA kepada yang dikehendaki.
Al-Maghari berkata : "apabila mereka disuruh mendermakan sebahagian nikmat Allah SWT yang telah diberikan kepada mereka kepada orang miskin di kalangan orang islam,lalu berkata,sekiranya Allah SWT menghendaki,sudah pasti mereka menjadi kaya dan memberi makan.Oleh yang demikian,tidak perlu lagi kami sibuk menguruskan mereka."
Perkataan mimma razaqa kumullah (sebahagian nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu) merupakan dorongan kepada mereka agar membelanjakan harta mereka.Hal ini menjadi peringatan betapa besarnya dosa mereka apabila tidak mematuhi perintah Allah SWT, disamping kecaman terhadap mereka kerana tidak bersikap belas kasihan sesama makhluk Allah SWT.
Kemudian Allah SWT menerangkan bahawa di samping nereka bakhil dan kikir,mereka juga menghalang orang yang menyuruh orang lain membelanjakan harta mereka...
Petikan diambil dari mega agama utusan..
Jumaat, 8 Mac 2013
Hati ku berkata..
Andai aku salah,tegur dan perbetulkanlah...Andai sekiranya aku benar,tapi tersalah atau disalah,mohon Allah tunjukkan kebenarannya sepertimana sebelum ini...mudah-mudahan,hati aku akan kembali ikhlas menerimanya dengan segala ketentuan dari mu Ya Allah...
Mohon petunjuk mu Ya Allah ,agar aku tidak lagi terus bersyakwasangka padanya,diatas kesilapannya yang lalu...Akan berdosa lah diriku dari hari ke hari dengan perasan begini...Ku bermohon pada mu Ya Allah...bantulah diri, jadikanlah diriku seorang yang pemaaf,permudahkan segala urusan ku ...moga terungkai segala ketidak sefahaman yang sering berlaku...memutuskan persaudaraan bukanlah caraku...untuk menghukum juga,bukan lah aku..tapi inilah doa dan harapanku...
Assalammualaikum...
Rabu, 6 Mac 2013
Khamis, 14 Februari 2013
Buat sahabat
Dimalam yang sunyi 0145 am bersamaan 140213,ketika aku sedang bersendirian,fikiran aku melayang terkenangkan perkara-perkara yang lepas.susah senang,ketawa gembira,sedih dan berduka tetap berdua,tapi kini aku sendiri.kemana juga aku pergi tetap teringat pada kenangan lama.dirumah pun begitu juga,sahabat adalah teman yang paling kerap datang menjenguk dan melawat.
pada masa yang sama hati terasa sangat-sangat sedih,dan sayu bila mengenangkan apa yang telah berlaku.buat sahabat baik ku,aku susun sepuluh jari mohon kemaafan,dunia dan akhirat.maaf sebab aku tak mampu menjadi teman,kawan dan sahabat yang baik.moga sahabat ku sayang akan jumpa sahabat yang lebih baik,yang lebih jujur yang boleh membimbing sahabat,tak seperti mana aku.
Tak terlintas dihati untuk memutuskan hubungan persahabatan dan persaudaraan yang terjalin.tapi aku mohon berikan aku masa untuk memikirkannya.buat masa sekarang untuk kebaikkan bersama,aku korbankan hubungan persahabatan ini,walaupun hati rasa berat nak mengatakannya.sepanjang perjalanan,ku panjatkan doa dan istigfar,moga aku tabah dengan keadaan dan situasi ini..kemana ku bawa diri,biarlah tiada siapa yang tahu.tapi aku perlu bersendiri untuk seketika.maafkan aku sahabat.
Dalam hati ini,Kasih sayang aku pada hubungan persaudaraan ini hanya Allah saja yang tahu,sukarnya nak aku gambarkan.aku tak mampu nak bercerita lebih lama kerana hati ini rasa sangat-sangat sedih dengan keadaan yang berlaku.apa pun,aku harap sahabat dapat mengharungi semua perkara ini dengan tabah wahai sahabat ku sayang.
apa juga janji yang pernah kita ungkapkan,untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.kita cuba kotakan.moga segala urusan kita juga di permudahkan olehNYA.walaupun selepas ini kita tak pasti samaada boleh berjumpa lagi atau tidak,tapi percayalah,doa ku sentiasa bersama sahabat.aku korbankan semua ini hanya kerana sayangkan sahabat.demi untuk menjaga persahabatan kita,agar tidak akan berlaku salah faham lagi dimasa akan datang...
Coretan ini khusus buat sahabat ku yang paling baik,yang telah banyak bersusah payah,bekorban masa,tenaga dan wang ringgit dalam menjadikan hubungan persahabatan dan persaudaraan ini kekal baik,walaupun banyak ujian yang datang,sering kali kita dapat selesaikan dan atasi sama-sama.tapi kini yang tinggal cuma kenangan dan harapan.apa pun terima kasih sahabat ku aril..aku mohon kemaafan untuk kesekian kalinya..
Jika ini adalah coretan terakhir ku.aku mohon sahabat jaga diri baik-baik,jaga kesihatan jaga makan.ingatlah orang yang tersayang yang disayang dan yang pernah menyayang..sesungguhnya semua itu, adalah pengalaman yang membahagiakan.jika ada pahit,pasti ada manisnya,dan jika ada senang pasti ada sukarnya.
sahabat aku yang paling baik,terima kasih sahabat..moga Allah membalas kebaikkan yang sahabat lakukan untuk saya dikala saya dalam kesukaran berlipat kali ganda..mudah-mudahan..amin |
Selasa, 29 Januari 2013
Cerita semalam,
Sambil mengeluh…aku cakap dalam hati,macam mana la tak kurus,problem yang nak dihadap banyak sangat agaknya.Dengan karenah inchas yang susah nak di bawa berunding tu pon satu hal juga.Ego dengan kuasa dan pangkat yang mereka ada. Jadual kerja pula berubah secara drastik.Itu diantara punca-punca aku tak bersemangat .Tapi alhamdulillah,aku teruskan juga sebab aku tahu,aku harus kerja,tak kerja tak ada duit,dan aku akur mungkin rezeki aku memang disini.Di pendekkan cerita,akhirnya aku mintak diri kat beliau,untuk pulang ke rumah..
Begitulah rutin tugas dan aktiviti aku seharian..Pergi keje,balik keje..pergi nampak matahari,balik nampak bulan..itupon kalau bulan tu nak muncul.Nak jumpa lepak dengan kawan bukan seangkatan,ntah la…tak tahu la bila.Yang penting aku harus bersyukur dalam setiap perkara.Betul kan.
Ceritaku
![]() |
inilah bekalan aku dari mula perjalanan hinggalah sampai ke destinasi. |
![]() |
cantik kan |
singgah di bharat tea pun hampir pukul 0500 petang
![]() |
masa itu penentu segalanya |
Rabu, 23 Januari 2013
Wasiat Nabi Muhammad SAW
Ahad, 20 Januari 2013
Himpunan kata-kata hikmah
· Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
· Nabi Muhammad SAW pernah berkata ; (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)daripada Aisyah).Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
· Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah saja yang boleh berjaya.
· Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub kepada orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya.
· Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa ,bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
· Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.Jatuh pada lubang yang sama adalah satu kebodohan.
· Saiyidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja,maka pakailah sifat qona’ah (puas) Kalau engkau ingin syurga dunia sbelum akhirat,pakailah budi pekerja yang mulia”.
· Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu..
· Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa,mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar dari krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.Sebaik-baik kaya adalah kaya hati,sebaik-baik bekal adalah takwa,seburuk-buruk adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.
· Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)
· Orang yang menjadi takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
· Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
· “ Dan berbuatlah kamu kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan”. (surah al-hajj :77)
· “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik,dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan” (surah yusuf :18)
· Berunding cerdik dengan pandai,faham dua menjadi satu.
· Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi kita semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapt kita kerjakan.(Davey John Schwratz)
· Sabar penghilang penat,tekun membawa berkat.
· Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
· Terbang bangau sepanjang hari,ke tasik jua akhirnya di cari.
· Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
· Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
· Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan.
· Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian
Sabtu, 19 Januari 2013
10 Celaan Allah
- dalam kata erti lain,seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang.Menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan,yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
- Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,fitnah memfitnah,umpat keji,dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu ,menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
- Kemarahan itu boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar batas kemanusian.Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
- Seseorang yang bersikap dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah.Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.Rasulullah bersabda :"Dengki itu memakan segala kebaikan"(riwayat muslim)
- Rezeki yang Allah SWT kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma,membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
- ia termasuk sikap suka status atau jawatan,gelaran dan menerima sanjungan.
- Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi.Rasulullah bersabda :"bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun,dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari" (riwayat bukhari dan muslim).
- Sifat yang membuatkan seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha Besar.
- Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah.Rasa bersyukur tidak ada dalam diri kerana diselaputi perasaan ego.
- Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.Sikap baiknya,jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila.Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan..
Buta setelah melihat,ganjarannya syurga
- Allah SWT menguji manusi bukan kerana kekurangan ilmu-NYAtetapi untuk melahirkan atau menunjukkan kepada hamba berkenaan dan orang lain tentang kesabaran yang dimiliki yang melayakkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT kerana ganjaran yang dijanjikan mengikut kadar kepayahan yang dihadapinya.
- Menjadi buta selepas melihat adalah dugaan Allah SWT,sekiranya orang yang menjadi buta itu bersabar Allah SWT akan kurniakan syurga sebagai gantinya.
- Allah SWT akan memberi balasan syurga terhadap orang yang sabar menerima ujian-NYA.
- Mata ialah sebesar-besar kurniaan Allah yang mempunyai peranan utama di dalam kehidupan seseorang.Oleh itu mata hendaklah digunakan untuk perkara manfaat dan diredhai Allah.
Jumaat, 18 Januari 2013
Kemulian solat malam
Di dunia:
- Allah jauhkan dari bencana
- Tanda kesolehan memancar di wajahnya
- Akan dicintai hamba Allah yang soleh pula lagi disegani manusia
- Bicaranya menjadi hikmah dan berwibawa
- Mudah memahami agama Allah.
- Bangkit dengan wajah yang penuh cahaya
- Mudah saat dihisab
- Seperti kilat menyambar melalui siratalmustaqim
- Menerima catatan amal dari sebelah kanan.
Khamis, 17 Januari 2013
Tinggal dosa hidupkan jiwa
- Lakukan sifat-sifat terpuji
- Amalkan sifat-sifat selalu berzikir
- Melakukan sesuatu hanya kerana AllahSWT demi keredhaan-NYA
- Jauhi sifat-sifat tercela seperti;hasad dengki,riak,takbur,ujud,bakhil,cintakan kekayaan,kemasyuran(glamor),pemarah,mengumpat,mengadu domba,berdusta,menfitnah,dan banyak ketawa yang sia-sia
- Dan sesungguhnya kami akan berikan cahaya kepada mu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.(al-baqarah:155)
- Yang menyebabkan timbulnya huru-hara dalam hati sanubari (JIWA) manusia adalah dosa-dosa yang dilakukan manusia.(riwayat Muslim)
Selasa, 15 Januari 2013
Doa orang yang dizalimi tiada hijab
Dengki dan iri hati,biarlah pada tempatnya
Huraiannya:
- . Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja.
- . Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-quran dan hadis,sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
- . Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan dua perkara;
- Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu serta mengajarkanya pula kepada orang lain..
- Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredai oleh Allah.
-:petikan dari senarai hadis jabatan kemajuan islam malaysia(jakim)
Tekanan & Tertekan
Mahu atau tidak,itulah namanya “KERJA”..disitulah punca rezeki kita untuk menampung dan meneruskan kehidupan seharian…Suka atau tidak pada “MEREKA” yang membuatkan kita merasa tekanan dan tertekan jadi terpaksa jugalah terima...... Dengan hati yang berkata-kata….sama ada baik atau pun tidak apa yang dikatakan,dirungutkan,dikeluhkan hanya kita saja yang tahu…Itulah rungutan dan keluhan suara hati…Cehhh wahh…hahaha..Apa pun,itulah namanya “TEKANAN KERJA “..Walaupun saban hari merasa bosan dengan keadaan sedemikian...akhirnya harus akur dan terima seadanya
Sabarlah wahai hati…